DISLEKSIA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


penyakit sekeliling kita

30/04/2009 02:56


Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.


Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan.

Praktik perubatan dahulu kadang kala membezakan penyakit, yang mempunyai sebab khusus atau beberapa penyebab (dikenali sebagai etiologinya), berbeza dari sindrom, yang merupakan himpunan tanda dan/atau simptom yang berlaku serentak. Perbezaan takrif ini didapati kurang tepat kerana kebanyakan sindrom telah berjaya dikenal pasti. Pada masa yang sama, banyak istilah perubatan yang menggambarkan simptom atau ketidaknormalan, mungkin dirujuk sebagai penyakit dalam banyak konteks, terutama sekiranya punca penyakit tidak dapat dikenal pasti.

Sesuatu keadaan boleh disahkan secara objektif, tetapi anggapan bahawa sesuatu "gejala"ialah penyakit bergantung pada pertimbangan nilai masyarakat. Sebagai contoh, pada masa kini, dalam kalangan masyarakat Amerika Utara, jumlah mereka yang menganggap masalah kebantutan dan obesiti sebagai penyakit telah meningkat sepanjang tempoh 40 tahun lalu, sebaliknya jumlah mereka yang menganggap homoseksual sebagai penyakit semakin berkurangan.

Sesuatu gejala dianggap sebagai penyakit oleh sesuatu kebudayaan atau dalam satu julat masa, tetapi bukan dalam semua kebudayaan atau era. Masalah kecenderungan menentang, masalah sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan antara contoh gejala yang dianggap sebagai penyakit dalam masyarakat Amerika Utara kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian dalam kebudayaan Amerika abad lalu atau bagi masyarakat lain pada masa kini.

Kadang kala, sama ada sesuatu gejala dikira sebagai penyakit atau sindrom dan variasinya telah menjadi topik politik yang hangat lantaran kesannya kepada ekonomi dan masyarakat. Sebagai contoh, kejutan letupan (shell shock) dan masalah tekanan pascatrauma (post-traumatic stress disorder) merupakan telah dipolitikkan di Amerika Syarikat; demikian juga kecederaan pergerakan berulang (repetitive motion injury) di Australia.

 

Isi kandungan

 

 

 Jenis jenis Penyakit

Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangki yang' merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan/vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion. Ada juga yang jenis penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan cacing. Terdapat juga penyakit genetik yang disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau kecacatan gen dalam DNA orang yang terbabit; penyakit toksik disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat; Penyakit kekurangan(zat) yang disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan tertentu; penyakit autoimun yang disebabkan oleh sistem pertahanan badan menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenas-jenis penyakit tersebut, termasuklah yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui.

 

Penyakit berjangkit

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit berjangkit

 

Penyakit genetik

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit genetik

 

Penyakit autoimun

Untuk rencana lanjutan, lihat Penyakit Autoimun

 

 Penyakit toksik

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit toksik

  • argiria, hepatitis alkohol; keracunan besi, iron poisoning; keracunan plumbum, lead poisoning; ...

 

Penyakit kekurangan (zat)

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit kekurangan zat

  • beri beri, riket, skurvi, kudis, anemia (kekurangan zat besi), ... (lihat juga vitamin dan garam mineral)

 

Penyakit endokrin

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit endokrin

 

Sindrom dan penyakit oleh etiologi yang tidak diketahui, atau punca bercampur

Untuk rencana lanjutan, lihat sindrom dan penyakit punca bercampur atau tidak diketahui

 

Ganguan neurologik dan sakit mental

Untuk rencana lanjutan, lihat gangguan neuronlogik dan sakit mental

 

 Sakit psikogenik

Untuk rencana lanjutan, lihat sakit psikogenik

  • sensitif terhadap bahan kimia, masalah dalam sosial, ...

 

Sakit keadaan

Untuk rencana lanjutan, lihat sakit keadaan

—————

Back